Search This Blog

Wednesday, November 21, 2018

MERAWAT HATI YANG SEDIH

Minggu ni sy banyak membaca.  Hati saya sangat-sangat sedih, terluka dan menyesal.  Saya dah pergi berdepan untuk mohon maaf dan menceritakan keadaan yang sebenar.  Pada awalnya dia maafkan saya tetapi pada minggu ini saya rasa amat terhina dan dizalimi.  Suruh saya cerita sy dah cerita sampai buka aib sendiri tetapi sebaliknya dia kongsi bersama orang lain dan membuat tuduhan kepada saya.
Allah maha mengetahui, saya redha dengan ketentuan ini.  Apa yang mohon pada Allah, semoga Allah tutup aib saya serapat2nya.  Ini menjadikan saya sangat dekat dengan Allah.  Merintih dan merayu denganNya kerana Allah maha pengampun.  Sedangkan nabi ampunkan umatnya, siapalah kita untuk menidakkannya.

Amalan yang saya cadangkan untuk kita lakukan ketika sedih:

1. Baca 7 kali ayat 128-129 selepas solat wajib, InsyaAllah hati akan lapang.
2. Solat di 3/4 malam iaitu solat sunat taubah, Tahajud dan solat hajat.
3. Mohon petunjuk daripadaNya semoga kita terus redha, bersangka baik dengan Allah dan maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita.

Serahkan takdir kita pada Allah, hanya Dia yang berhak menentukan arah mana tujuan hidup kita.

Mohon sahabat-sahabat semua doakan saya dipermudahkan di dalam segala urusan di dunia dan di Akhirat.

Wednesday, September 12, 2018

Bacaan Selepas Azan


Bacaa ndoa dibaca sebaik sahaja azan habis berkumandang.  Bertujuan untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti.. Ya Allah... kau permudahkanlah urusan ku dan keluargaku, jangan disukarkan... bantulah kami Ya Allah...

Tuesday, September 4, 2018

DOA DARI AL-QURAN UNTUK MERAWAT DEMAM PANAS ANAK2 KECIL


DOA UNTUK SEGALA HAJAT



Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja InshaaAllah Semua Akan Termakbul


1.Surah Toha ayat 55 - bila berhadapan dengan org yg berniat x baik / org yg garang / binatang bisa 2. Surah al-fatihah 7 kali + surah Hud ayat 56 + 2 ayat terakhir surah at -Taubah - elak @ kalih sihir / santau 3. Zikir ; La'ilaha'illallah,Al-ngazimul halim,La'ilaha'illallah,Rabbul Ngarshil azim,La'ilaha'illallah,Rabbussamaawaat,Warabbul Ard,Warabbul ngarshil kariiim


لا إِلَه إِلاَّ اللَّه العظِيمُ الحلِيمُ ، لا إِله إِلاَّ اللَّه رَبُّ العَرْشِ العظِيمِ ، لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّه رَبُّ السمَواتِ ، وربُّ الأَرْض ، ورَبُّ العرشِ الكريمِ »   متفقٌ عليه .

AMALAN YANG TIDAK PERLU DILEPASKAN SETIAP SUBUH DAN MAGHRIB


Wednesday, August 29, 2018

AMALAN UNTUK HATI SENTIASA TENANG

Hati tak tenang...rasa kosong...berdebar2, macam ada sesuatu nak jadi sering terjadi pada akak sebelum ni... Sentiasa tercari2, apa nak buat utk hilangkan rasa ini... Akhirnya doa Allah kabulkan...  Setiap kali selepas solat wajib, akak akan baca

1. Surah Al Fatehah
2. Ayat Kursi
3. 2 ayat terakhir surah At Taubah (7 kali)



Berserta wirid2:

1. 11 kali




2. 10 kali Selepas Subuh dan Maghrib
     3 kali untuk waktu solat yang lain (Zohor, Asar dan Isyak)




Alhamdullilah... dengan izinnya akak rasa tenang sangat2... macam takde masalah (walaupun banyak ngeeee)

Amalkanlah... Insya Allah... Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat... Aameennn Ya Rabbal Alaminnn...

Doakan akak dan keluarga dilimpahi rezeki dari segala sudut seperti air sungai yang mengalir dari semua arah dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah... Aaameeennn..