Search This Blog

Wednesday, November 21, 2018

MERAWAT HATI YANG SEDIH

Minggu ni sy banyak membaca.  Hati saya sangat-sangat sedih, terluka dan menyesal.  Saya dah pergi berdepan untuk mohon maaf dan menceritakan keadaan yang sebenar.  Pada awalnya dia maafkan saya tetapi pada minggu ini saya rasa amat terhina dan dizalimi.  Suruh saya cerita sy dah cerita sampai buka aib sendiri tetapi sebaliknya dia kongsi bersama orang lain dan membuat tuduhan kepada saya.
Allah maha mengetahui, saya redha dengan ketentuan ini.  Apa yang mohon pada Allah, semoga Allah tutup aib saya serapat2nya.  Ini menjadikan saya sangat dekat dengan Allah.  Merintih dan merayu denganNya kerana Allah maha pengampun.  Sedangkan nabi ampunkan umatnya, siapalah kita untuk menidakkannya.

Amalan yang saya cadangkan untuk kita lakukan ketika sedih:

1. Baca 7 kali ayat 128-129 selepas solat wajib, InsyaAllah hati akan lapang.
2. Solat di 3/4 malam iaitu solat sunat taubah, Tahajud dan solat hajat.
3. Mohon petunjuk daripadaNya semoga kita terus redha, bersangka baik dengan Allah dan maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita.

Serahkan takdir kita pada Allah, hanya Dia yang berhak menentukan arah mana tujuan hidup kita.

Mohon sahabat-sahabat semua doakan saya dipermudahkan di dalam segala urusan di dunia dan di Akhirat.

No comments:

Post a Comment