Search This Blog

Monday, August 27, 2018

Akhirnya, siap sudah Modul Entrepreneurial Finance versi 2018

Setelah berhempas pulas, dah edisi yang ke 5, barulah mama berpuashati dengan penulisan yang dibuat. Bukan apa.... nak cari cara yang termudah dan berkesan untuk ajar anak-anak murid ni.  Allah memang dah nyatakan bahawa seorang Guru aka Pendidik akan dipermudahkan dalam urusan mendidik, tetapi apa usaha yang kita lakukan untuk meningkatkan daya kefahaman anak-anak murid.  Kita syok-syok mengajar kat depan tapi anak murid tak faham. Bila tanya faham tapi bila buat ujian memang mendukacitakan. Masa tu rasa macam nak nangis sambil soal diri sendiri.... apa yang aku dah buat kat depa ni sampai depa tipu aku... depa jaga hati aku ka?? Allahuakhbar..


Ajar anak-anak ni memang perlukan kesabaran yang tinggi, tapi jika hasilnya cantik memang kita tak henti-henti tersengih macam kerang busuk... Betul ke betul???

So, untuk edisi 2018 ni mama cadang nak apply ISBN Number, berkat galakan bos yang sangat dedikasi dan menyokong apa jua yang baik untuk pelajar-pelajarnya... Terima kasih bos, jasamu dikenang dan didokan berjaya dunia dan akhirat.

Ni dia.... muka depannya...


No comments:

Post a Comment