Search This Blog

Tuesday, August 28, 2018

CARA MERAWAT HATI YANG SEDIH

Tidak dinafikan, semua orang akan berasa sedih tapi masanya berbeza.  Saya pun begitu jugak. Lepas satu, satu lagi masalah yang menimpa sejak saya berumur 22 tahun lagi.. Amalan agama pun kurang, sembahyang pun jarang-jarang tapi saya memang tak buat benda-benda jahat.  Sehinggalah saya diuji semasa mengandungkan anak yang pertama... Suami ditamatkan perkhidmatan dgn VSS "Volunterily Seperated Scheme".  Duduklah dia dirumah menghayunkan buaian sehinggalah anak berusia 2 tahun.  Tanggungjawab mencari nafkah terpikul di atas bahu saya.  Bukan dia tak cari kerja tapi memang tak dapat kerja.  Nak salahkan siapa pun tak tahu.  Allah sahaja yang tahu betapa stressnya saya.

Setelah suami bekerja, satu lagi ujian menimpa, beliau didapati menghidap penyakit kencing manis pada usia 30 tahun. Diabetic type 1 (pancreas rosak dan tak boleh menghasilkan insulin).  Pada usianya 34 tahun kami diuji dengan dugaan yang hebat, bayangkan saya ketika itu berumur 28 tahun, baru 7 bulan melahirkan anak yang kedua dan beliau telah terkena strok semasa mendapatkan rawatan dihospital akibat batuk yang lama.

Rupa2nya, batuk juga merupakan satu tanda jantung kita bermasalah.  Cuba anda letak kedudukan anda ditempat saya. Apakah perasaan anda jika tiba waktu melawat dan hendak melawat suami yang sakit dan tiba-tiba diberitahu bahawa suami anda terkena serangan strok pada pukul 3 pagi.  Kira-kira9 jam yang lalu tanpa ada makluman awal dari pihak hospital. Semasa kejadian, dia terjatuh daripada katil yang tiada penghalang walaupun keadaannya telah dikenalpasti berisiko tinggi.

Saya tiba bersama anak yang kecik (sulong), dan tergamam bila diberitahu bahawa kecacatan bahagian kanan kaki dan tangan adalah kekal.. Allahuakbar, Allah Maha Besar... luluh dan hancur hati saya.. Hanya Allah tempat mengadu, hanya Allah tempat berlindung...  Saya sampai persoalkan, kenapa aku dipilih untuk ujian ini sedangkan ramai lagi bahagia dengan kehidupan mereka.  Subhanallah... Ampunkan aku Ya Allah..  (2005 dalam kenangan)

3 hari kemudian, dia dibenarkan pulang. Saya berseorangan ketika menjemputnya pulang.  Hidup berubah 360 darjah.  Dari seorang yang sangat penyabar, suami menjadi sangat2 baran.  Banyak gelaran isteri derhaka diberikan kepada ku.  Dia tak boleh terima keadaannya.. Berkat usaha saya dan ibubapa 6 bulan kemudian dia dah boleh berjalan dan setahun kemua kembali ok namun ada juga yang teretinggal iaitu sikap barannya terhadap saya, mak, ayah dan anak-anak.  Ujian apakah ini Ya Allah.  saya tersepit sehinggalah terpaksa membuat hutang peribadi untuk urusan kesihatannya dan juga meneruskan kehidupan..

Pada tahun 2009, 12 Januari 2009, mak telefon ku di pejabat, masa tu dalam pukul 10.15 pagi.  Dia suruh telefon suami sebab tengok kereta tak gerak-gerak keluar utk menjemput anak di tadika.. Mak takut nak gerakkan dia dari tidur lebih-lebih... takut kena marah... Berulangkali saya call tapi tak berjawap, akhirnya mak cari alternatif lain utk suruh abah ambil anak dalam perjalanan pulang dari kebun nanti..

Allahuakhbar... rupanya, suami dah meninggal dunia pada pukul 10.15 am lagi... selepas menghantar kami anak beranak pada waktu pagi..  Allahyarham pergi meninggalkan kami dalam keadaan mengejut selepas terkena serangan jantung yang maha hebat pada pagi itu, beliau keseorangan menahan sakit, habis penyek kotak tisu dihempap akibat berguling-guling atas hamparan tilam kami.

Saya kebingungan... jarak rumah ke pejabat adalah 30km... berpusing2 keseorangan diluar pejabat memikirkan cara untuk pulang.... Tiba-tiba ada seorang rakan sekerja menegur saya, terus saya peluk dia untuk menceritakan perkara sebenar...tapi dia tak faham apa yang saya cakapkan... Allah permudahkan urusan saya pulang dengan menghantar dia untuk menolong saya... terima kasih kak... saya terhutang budi dengan akak.

Berakhirlah episod kami berempat, kini tinggal bertiga... Saya tahu Allah sayang sangat2 pada saya, sebab itu Dia uji saya.. Saya insan terpilih... Syukur Ya Allah..

No comments:

Post a Comment